Tuesday 16 April 2013

360°

Saya mulakan dengan tinta cinta agung...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, pembawa risalah suci membimbing manusia ke jalan abadi. segala puji bagi Allah diatas setiap nikmat yang dikurniakan, setiap nafas yang dihela, setiap saat yang berlalu..sungguh..jika lautan itu diibarat dakwat..tidak akan cukup untuk menulis segala nikmat yang dikurniakanNya..Alhamdulillah

_______________________________

Sudut 360° berpusat pada satu titik, mencakupi seluruh aspek. Persis halnya pandangan manusia. Perspektif yang berbagai memberikan impak yang significant terhadap sesuatu perkara. Pada asasnya manusia akan menilai sesuatu atas dasar pengetahuan mereka seterusnya mereka akan membuat timbang tara. Setelah membandingkan dengan pengetahuan mereka akhirnya akan membuat konklusi. Boleh jadi konklusi yang dibuat sahih dan boleh jadi konklusi tersebut tidak benar. Semuanya bergantung pada pengetahuan yang ada pada seseorang manusia.

Ya! Masing2 bebas untuk memberikan pandangan mereka kerana masing2 punya hak untuk bersuara. Tapi sebagai manusia yang diberi nikmat akal yang sejahtera kita sewajarnya berfikir dahulu sebelum melontarkan pandangan atau pendapat. Jelas, kita perlukan pengkajian dan pencarian pengetahuan supaya pendapat kita didokong bukan sahaja hujah yang mantap tetapi fakta yang benar!

Pusing 360° dan lihat sesuatu dengan perspektif yang berbeza. Gunakan logik akal supaya kita berpijak pada bumi yang nyata. Jangan auta-kan yang fakta semata2 untuk me'menangkan' pendapat kita. 

________________________________

Bukan itu sahaja, kita juga perlu melihat apa pandangan orang sekeliling terhadap kita. 360° orang berada sekeliling kita. Apa pendapat mereka? Apa nilaian mereka? Baik kah? Buruk kah? . Seandainya nilaian mereka negatif, jangan cepat berasa 'down' tapi ambilah dari sudut yang positif. Bak kata pepatah,buang yang keruh, ambil yang jernih. Jangan berasa ego seandainya dikritik. Sentiasa tanamkan dalam diri sikap merendah diri atau sentiasa rasa diri kita punya kekurangan. Berlapang dada terhadap segala teguran yang disuarakan. Ingat! saat mana kita tidak dapat menerima teguran orang lain, mungkin di situ hati kita telah kotor. Kotor dengan rasa ego dan sombong! Sungguh, Allah tidak suka pada mereka yang ego. 

_________________________________

Apa yang paling mustahak disini ialah, pandangan atau pendapat kita itu haruslah pandangan dari sumber pengetahuan yang sahih. Kembara pencarian ilmu itu sangat penting. Selagi kita berusaha untuk mencari ilmu, InshaAllah, Allah akan mudahkan jalan untuk kita.

Tahu.Faham.Amal