Tuesday 27 August 2013

Ujian adalah tarbiyah

Bismillahirahmanirahim..
Kulli alhamdulillah wa syukurillah atas nikmat iman dan islam. 2 nikmat yang paling besar Allah SWT kurniakan pada hamba-hambanya. Harap semua sihat2 belaka mengikut kehendakNya.

Dah lama rasa nya x update blog ni. Berhabuk gamaknya macam habuk kat mesir ni. Eh. 

Dah dua bulan lebih saya berada di mesir ni*zagazig*. Keadaan disini memang agak tidak stabil terutama dalam politik dan ekonomi. Semenjak penggulingan presiden sah mesir, hampir setiap minggu (kadang2 hari-hari) pasti akan diadakan muzaharat (riots). Sekarang, kebangkitan mahasiswa mesir pula berlaku. Di gamaah (kampus), student2 egypt terutama student jurusan muhandis (engineering) dan adab akan buat demo menentang kerajaan kudeta. Tapi jangan la imagine demo yang mereka buat tu teruk sangat. Paling teruk pun kalau ada puak2 jahat yang buat huru hara. Kadang2 bawak pisau la, kayu hoki la. Huhu. 

Alhamdulillah, kami(student2 malaysia) masih dalam keadaan selamat dan sudah terbiasa dengan situasi begini. Rakyat mesir disini ada satu guideline atau tatacara atau adab(lebih sesuai) yang menggariskan cara layanan kepada foreigners. Dalam adab tu, mana2 rakyat egypt x boleh menyakiti atau mencederakan foreigners.

Sedih sebenarnya melihat situasi di mesir ni. Bumi anbiya' yang suci ni telah tercemar dengan kejahatan manusia. Ramai yang tak tahu,bumi ini walaupun penuh dengan debu tapi terselit mutiara2 ilmu. Bumi tarbiyah yang telah banyak mengajar saya erti sebenar perjuangan islam. Menyedarkan saya tentang tanggungjawab sebagai syabab muslim. Sungguh..rasa sangat bertuah bila dapat melanjutkan pelajaran disini. Bertuah kerana dapat berpijak di bumi para anbiya'. Moga mesir cepat sembuh dan saya dapat kutip mutiara ilmu dengan tenangnya disini. Allahuma amin.

Alhamdulillah..ujian itu adalah tarbiyah  Rakyat mesir ditimpa ujian sebegitu, dan itu adalah tarbiyah buat mereka. Eh,salah! Ujian mereka adalah ujian buat kita juga dan tarbiyah buat kita sama. Kerana apa? Kerana kita adalah bersaudara. Kerana kita satu ummah. Bak kata pepatah melayu 'cubit peha kanan, peha kiri turut terasa'. Umat islam seperti satu badan, jika sakit satu bahagian, seluruh badan turut terasa.

A'la kulli hal, kita perlu yakin kemenangan itu akan berpihak pada islam. Kita perlu bersabar dalam perjuangan menegakkan sahadatul haq di muka bumi Allah ini. Ada sesetengah dari kita sangat tergesa-gesa untuk capai kemenangan, sehingga terlupa bahawa kemenangan tu milik tuhan. Jalan perjuangan bukan sesuatu yang mudah dan jalan nya sumpah panjang!

Tugas untuk selamatkan ummah terpundak pada bahu kita semua. Bukan ostad2 mahupun ostajah2 sahaja. Tapi kita semua. Tak kiralah anda memegang posisi apa pun, dokter, engineer, guru hatta penjual nasi lemak sekalipun, kita tetap ada peranan masing-masing. Kita adalah khalifah dimuka Allah dimuka bumi. Adapun taklifan(peranan/tanggungjawab) yang diberi, itu hanya sebagai wasilah (jalan) untuk kita bantu agama Allah dan memakmurkan bumi Allah dengan agamaNya. Wallahua'lam~

Save our ummah.