Wednesday 8 January 2014

Sediakan saratoga sebelum winter!

Pernah dengar alasan-alasan sebegini?

'Aku tak pandai lah nak berurusan dengan orang ini. Aku bukan jenis yang mesra alam pun. Takpe lah, nanti bila dah habis belajar aku buat la kerja-kerja sosial ni..'

'Rileks la weh. Nanti bila aku dah nak kahwin, aku mengaji la bab-bab rumah tangga ni. Sekali dengan tiang-tiang aku hadamkan nanti. Eh..'

'Ana..ana..ana bukan tak nak ukhti. Ana tak biasa la berpesatuan ni. Lagipun ana nak fokus dengan pelajaran dulu. Ana nak fokus! FOKUS! '

Dan..banyak lagi alasan yang tak munasabah dan menunjukkan kesempitan fikiran mahasiswa kita dewasa ini..

Haa. Mungkin anda tak pernah dengar yang ini..

Doktor yang baru masuk bertugas, drop job tu sebab nya dia tak biasa berurusan dengan orang ramai. Stress lalu meninggalkan profesion tersebut. Tak ke rugi? Belajar sungguh-sungguh selama 6 tahun, akhirnya kecundang masa bekerja hanya disebabkan kurang skill komunikasi dengan orang awam.

Rugi.

Cuba singkap semula sejarah dan ambil ibrah. Kisah Sultan Muhammad alFateh, antara kisah yang boleh diambil sebagai tauladan.

Sebelum beliau diangkat menjadi sultan, beliau belajar dan menguasai pelbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni tempur dan bela diri, ilmu peperangan, tasauf, psikologi dan lain-lain. Dia berkebolehan dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia.

Beliau diangkat menjadi pemerintah semasa umur beliau 19 tahun. Beliau telah menyertai beberapa siri peperangan sebelum berjaya menguasai kota konstantinopel, kota yang diidamkan oleh kebanyakan pemerintah islam sebelum zaman beliau.

Boleh juga diambil kisah ibu kepada Imam Syafie. Kisah bagaimana persiapan beliau sebelum melahirkan imam Syafie. Beliau telah menjaga diri dan membuat persiapan untuk menjadi seorang ibu seawal 20 tahun sebelum kelahiran Imam Syafie!
Hebat sungguh wanita ini!

Nak katanya disini, jangan bila dah masuk medan pekerjaan, baru nak belajar skill itu ini. Sepatutnya ia perlu dibuat sejak kita masih menuntut di tempat pengajian lagi..sejak tadika lagi sebenarnya kita perlu cungkil dan biasakan diri dengan skill hidup ni. Baru kita boleh survive dalam era globalisasi yang semakin menapak laju ini.

Sama lah juga jika anda dah masuk alam perkahwinan dan punya keluarga.
Jika masa tu baru anda nak belajar masak, masa tu juga lah baru nak belajar cara-cara uruskan anak, masa tu jugalah baru nak belajar agama dan anda pula bekerja sedang masa pula terus berjalan dan anak-anak semakin meningkat dewasa. Kesilapan demi kesilapan yang mengambil masa untuk dibaiki akhirnya mengakibatkan 'salah cara didik anak'. Nauzubillahi min zalik.

Mengapa tidak mahu bersosial sedangkan kita hidup dalam komuniti? Mengapa mahu sendiri-sendiri dan pentingkan diri sedangkan ada hak orang lain terhadap diri kita?

Perkara yang nak diaplikasi dalam kehidupan adalah skill, bukan semata ilmu yang ada dalam buku.

Jadilah mahasiswa yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Jangan hanya pandai menadah tapi kedekut untuk memberi.

Wallahua'lam.

Nota kaki: masih belajar untuk susun ayat dengan baik. Mungkin ada penjelasan yang kurang difahami. A'la kulli hal, moga maksud tersampai. InshaAllah akan saya pertingkatkan lagi skill menulis saya :)






No comments:

Post a Comment