Wednesday 3 July 2013

Jalan ini sumpah panjang.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.Masih lagi diberi nafas dan kesihatan oleh arRahman untuk terus melihat dan mensyukuri segala nikmat yang terbentang luas. kulli alhamdulillah.

Entry kali ini mungkin hanya santai-santai sahaja. Sekadar bermonolong dengan diri.

' Aku lemah.'

'Tak. kau kuat!'

'Sumpah, aku lemah!'

'Woii. kau kuat! kalau kau lemah dah lama kau rebah. kau takkan ada kat bumi mesir ni. sebab kau kuat,kau mampu teruskan hidup kau.'

'dulu aku pernah jatuh.ya,aku dah bangun lepas tu. tapi aku rasa kaki yang berdiri tu lemah. lemah sangat..'

'dulu kau jatuh sebab kau rasa kau lemah. kau fikir prinsip yang kau pegang salah. sebab tu dengan mudah kau lepaskan prinsip kau. kau cuma rasa apa yang kau pegang, apa yang kau buat semua salah. lagi pun masa tu kau masih mentah. budak. kau nak cari diri kau. tapi tatkala Allah uji kau, kau tersungkur, kau salah langkah.'

'normal?'

'yup. normal, normal bagi kau, normal untuk aku. kita manusia, x lepas dari salah dan dosa. tapi kau tahu kan, Allah Maha Pengampun. Dia bisa hapuskan dosa-dosa hambaNya yang bertaubat.'

'aku takut, takut aku salah pilih jalan lagi'

'anda, doakan ada. Allah kan dekat. cari kekuatan dari doa. doa supaya kau tak akan salah pilih lagi.'

'kalau aku masih tersilap?'

'kau bodoh sebab kau tak belajar dari pengalaman. kau bodoh sebab kau nak rasa lagi kesakitan.'

Diri,
ketahuilah, jalan ini sumpah panjang. berhati-hati tatkala melangkah. elak kan dari duri yang tajam. ikut arah panduan yang betul. biarlah telan ubat yang pahit tapi ketahuilah, ia bisa menyembuhkan penyakit. agama,kau pegang, dunia kau kawal. kau hamba tuhan yang abadi. kau khalifah umat manusia di bumi. Jalan ini takkan lengang dari mehnah dan tribulasi. biarlah kau seorang diri. Allah tetap bersamamu disisi.


No comments:

Post a Comment