Wednesday 3 July 2013

Pertemuan itu Allah aturkan~

Petang tadi Allah aturkan satu pertemuan yang tidak diduga.
tatkala hati saya rasa resah,sedih..Allah bantu hambaNya yang hina dina ini dengan pertemuan bersama baba Maghdi, pemilik imarah(rumah semacam apartmen) disini.

Pada awalnya, saya bersama syaza ingin membuat urusan sebentar sahaja, mahu uruskan tentang pembayaran sewa rumah bakal junior kami. Tapi kami diminta tunggu sebentar untuk dihidangkan dengan secawan air faraulah(strawberi) home made oleh mama yang baik hati =)

Sambil menikmati air yang super sedap tu, kami berbual bersama baba maghdi. Beliau fasih berbahasa English jadi agak panjang perbualan kami. Pada awalnya perbualan kami tentang background baba dan mama serta keluarga mereka. Baba pemegang ijazah engineering di salah sebuah universiti di kaherah, manakala mama pula belajar dalam bidang psychology di universiti alAzhar.

Sekarang baba bekerja sebagai general manager di sebuah syarikat kereta api dan mama pula seorang suri rumah. Saya agak terkejut apabila baba menyebut perkataan suri rumah dalam bahasa melayu. Ada juga baba sebut beberapa perkataan lain dalam bahasa melayu macam pinggan,cili dan..x hingat.hehe. maaf2.

Kemudian saya bertanya pula tentang keadaan mesir yang ketika ini sedang bergolak. Kata baba, demo2 yang dibuat oleh penentang mursi adalah kerana mereka tidak suka akan islam. Amerika dan israel ingin memusnahkan negara islam. Jika dilihat di negara mesir ini, pengaruh sekular sangat tinggi. Korupsi yang berleluasa. '30% daripada rakyat mesir kaya raya manakala selebihnya sangat miskin, sama seperti di Malaysia' terang baba.

Baba bertanya kepada saya, kenapa saya balik lewat ke Malaysia. Sedangkan sahabat saya Syaza pulang awal. Saya terangkan pada baba yang saya ada program yang perlu handle, maka saya pulang agak lewat berbanding yang lain.

Okay. Sebenarnya ini baru nak masuk topik sebenar. Panjang benar muqaddimah saya kan? hehe
Setelah saya beritahu baba yang saya perlu uruskan program Shantoh Ramadhan, baba beri saya sepotong ayat alQuran dari surah atTaubah ayat 129 :
Kata baba, ayat ini Rasulullah suruh kita amalkan tak kira dalam situasi apa pun. Ketika kita sedang sedih,sedang menghadapi peperiksaan,saat kita perlukan duit dan apa2 sahaja situasi hatta sedang naik kenderaan. Baba menambah 'baca ayat ini 7 kali sebelum tidur dan 7 kali selepas bangun tidur. tak faham maksud pun tak apa. Allah akan hantar malaikat untuk kita.Sesuai untuk kamu supaya Allah tolong kamu, Saya ajar doa ini sebab saya pernah merasai sendiri'. Subhanallah.Subhanallah. Rasa takjub sangat bila baba ajar doa ni. Sebelum ini baba pernah mengajar di Iraq selama 7 tahun. Pada waktu itu sedang berlaku peperangan antara Iraq dan Iran. Pernah satu ketika ada sebuah peluru berpandu yang melintas di udara,yang mana jarak ketinggian peluru itu hanya 5 meter sahaja!. Saat itu mereka hanya bertasyhid dan baba membaca ayat ini. Dan alhamdulillah, selama beliau mengamalkan doa ini, Allah sentiasa menolong baba.

Allahu. Saya agak tersentak dengan pertemuan ini. Pertemuan yang Allah aturkan untuk hamba yang hina ini. Ya. memang layak puji-pujian itu hanya bagi Allah SWT. arRahman dan arRahim. Sungguh kasihNya tidak pernah terbatas. Sungguh sayangNya Maha Luas!. Moga terus dibekalkan keimanan dan ketakwaan. Moga diampunkan segala dosa. Moga dijauhkan dari segala maksiat. Moga tetap menjadi hambaNya yang syukur atas segala nikmat.

Sayang Allah.Sayang Rasul.

No comments:

Post a Comment