Sunday 21 July 2013

Sumpah Janggal!

Bismillah..

Alhamdulillah, sudah 4 hari saya menjejakkan kaki di bumi Malaysia..dan..serius rindu! Touch down di KLIA tepat jam 2.30 petang 19 Julai 2013. Kulli alhamdulillah (:

Okay. masa first2 sampai di airport tu, saya begitu teruja dengar seorang makcik bercakap melayu. Rasa nak gelak kuat2 sebab excited. Yela kan, selama dok kat egypt tu dengar mama2 yg bercakap arab, satu patah pun tak faham. Kakak sulung saya sambut di airport n kemudian kami terus ke bazaar Ramadhan memandangkan hampir masuk waktu iftor. Wahh,sepanjang saya berjalan2 kat bazaar tu, senyum je memanjang. Haha. Rindu benar dengan makanan kat Malaysia ni.Lejen! Then, saya masuk ke kedai runcit berhampiran. Sumpah rindu bau kedai runcit kat Malaysia! Kedai runcit pun ada bau yang significant tahu! hehe.

Keesokan nya, saya pulang ke kampung halaman di Hutan Melintang,Perak. Rindu benar dengan suasana kampung disini. Kampung saya ni mainly merupakan kawasan ladang kelapa sawit. Dan of koz, rumah saya berada di tengah2 ladang kelapa sawit kepunyaan atuk. (:

'So..apa yang janggal nya?'

Pakaian. Ya, pakaian yang saya pakai begitu janggal. Mana tak nya, dahulu seorang gadis yang gemar mengenakan berseluar jeans dan baju t-shirt pada sosok tubuhnya, kini memakai kain dan baju labuh atau baju kurung. Gadis yang dahulunya memakai shawl atau tudung bawal bidang 45 kini memakai tudung labuh bidang 60 untuk membalut kepalanya.

Jatuh kerusi.

Pun begitu, saya kuatkan hati dan bulatkan tekad untuk terus berpakaian begitu. Ini hijrah saya.Ini saya! Bukan mudah untuk melakukan perubahan begini, namun disebabkan nekad saya semasa berada di egypt, saya gagah kan jua.(aceh,ayat drama melayu :p) alhamdulillah..keluarga menerima dengan lapang dada (:

Misi seterusnya, berdakwah pada keluarga. Sumpah,benda ni lah paling susah nak buat. Sebabnya mereka adalah ahli yang paling dekat dengan kita. Seperti juga sahabat2 kita,lagi2 yang satu rumah, merekalah ahli yang paling susah kita nak tegur kan? bukan sebab mereka tidak menerima(tapi ada possibility jugak) tapi sebab kita tak sampai hati untuk buat begitu. Sedih sebenarnya seandainya saya tidak mampu untuk mengajak famili ke arah kebaikan walhal saya mampu untuk buat begitu pada orang lain. Saya ada meminta nasihat daripada beberapa orang ukhti, mereka mengatakan bahawa memperlihatkan qudwah hasanah merupakan pendekatan dakwah yang paling baik kepada keluarga.

Ya,bagi saya itu merupakan cara terbaik. Bukan bermakna kita perlu hipokrit, tapi kita amalkan segala perbuatan baik yang telah dianjurkan oleh Islam. Tunjukan contoh yang terbaik sehingga orang sekeliling kita bisa tertarik dengan keindahan Islam  sepertimana Rasulullah S.A.W bisa menarik orang kafir untuk memeluk Islam dengan hanya qudwah hasanah baginda.

Tinggal 2 bulan sahaja di sini. Harap-harap cuti ini dapat dimanfaatkan. Moga Allah tetap membimbing saya sepanjang jalan yang sumpah panjang ini :)

Wassalam.


No comments:

Post a Comment