Friday 17 January 2014

Dua't harus kuat!

Bila dah berbaiah.
Untuk beri separuh terkadang hampir semua masa yang ada dalam hidup.
Untuk bekerja untuk islam.
Banyak perkara yang perlu diberikan untuk umat.

Masa.
Tenaga.
Akal.
Wang.
Kadang-kadang perasaan.

Tiadalah istilah berkorban atau perlu berkorban.
Sedang kau sudah secara ikhlas menyerahkan hidup untuk islam.
Bekerja demi islam.
Merawat umat islam.

Gerabak ini akan membuat sesiapa sahaja yang mengendalikannya terasa penat. Lelah. Kadang mudah rasa futur. Mahu saja angkat kaki ini dan berlari.
Jauh dari bebanan ini.
Jauh dari kekusutan yang melanda diri.
Dari hari kehari.

Namun hakikat, bukan mudah untuk meloloskan diri.
Sebab ia adalah seperti bayang yang mengekori.
Berpisah tiada hingga mati.

'Janganlah kamu sangka kamu sudah beriman sebelum kamu diuji'
Sudah termaktub dalam sunnah Illahi.
Setiap dari kita bakal diuji.

Sudah lah.
Tinggalkan apa sahaja nikmat dunia.
Sebab ia bersifat sementara.
Akhirat kekal selamanya.

Kuat wahai hati!
Umat memerlukan kau sebagai pengubah.
Dunia ini sudah tersangat parah!

Biar saja usaha mu tampak kecil.
Besar kiranya disisi Tuhanmu yang Maha Adil.

Dua't harus kuat!



No comments:

Post a Comment