Monday 12 May 2014

Masa Hadapan

Apa yang kau cari?

Jawapan.

Jawapan untuk masa hadapan.

Apa yang kau risaukan?

Aku risau apa yang akan berlaku pada 'masa hadapan'

Apakah sekiranya aku menolak ketentuan, keadaan aku akan baik pada masa hadapan?

Apakah sekiranya aku menerima ketentuan, keadaan aku akan baik pada masa hadapan?

Adakah kau kira ini adalah ketentuan? Atau ia datang sebagai dugaan?

Diam.

Jawapan ada pada tuhan.

Kau risau untuk menerima?

Ya.

Sebab?

Sebab ia jauh dari prinsip yang aku cipta.

Sebab ia tak seperti yang aku rancangkan.

Kau..kau tak percaya pada qada' dan qadar tuhan?

Percaya. Aku berpegang pada 'kun faya kun' tuhan.
Seteguh mana prinsip yang aku dirikan, aku tahu tuhan lebih berhak menetukan.
Aku bersandar pada prinsip ini hanya kerana aku tak mahu hidup dalam angan-angan. Hidup dengan penuh harapan. Sehingga membuatkan aku akan lebih lalai.
Lalai pada tanggungjawab yang sumpah berat.

Kaki aku mahu membumi.

Hm. Prinsip.

Jadi, apa yang kau bakal lakukan?

Berserah.
Meletakan semua pada tuhan.
Mengemis belas tuhan.

Tuhan, sesungguhnya Aku lemah Engkau kuat.
Engkau Maha Kuasa sedang aku tiada daya.
Engkau Maha Mengetahui sedang aku tidak tahu.
Engkau Maha Mengetahui segala yang tersembunyi.
Aku memohon petunjuk memilih yang baik mengikut pengetahuanMu.
Aku memohon ketetapan menurut kudratMu.
Dan aku memohon dengan semua kurniaanMu yang amat banyak.

Amin ya rabb~


No comments:

Post a Comment